English Reading Online Class
20 Jan - 14 Feb 2025
Belajar Membaca
Bahasa Inggeris
Sepanjang Cuti Sekolah
Usah sia-siakan masa cuti anak, jom belajar membaca Bahasa Inggeris menggunakan kaedah fonik ReadEasy. Kelas secara online.
Ibu Ayah Semua!
Ibu ayah ada anak yang sudah lancar membaca sukukata KVKV dalam Bahasa Melayu tapi belum boleh membaca Bahasa Inggeris?
Nak tak kalau sepanjang cuti sekolah ni, kami ajarkan mereka membaca Bahasa Inggeris?

ReadEasy Beginner Level
Ini Impian Anda?
Anak Sudah Lancar B.Melayu, Lepas Ni Apa Pula?
Bagi anak-anak yang sudah lancar membaca sukukata KVKV Bahasa Melayu, langkah seterusnya adalah belajar membaca Bahasa Inggeris
Untuk memahami teks Bahasa Inggeris, ada dua perkara yang anak perlu kuasai iaitu; pertama perlu mampu membaca dalam Bahasa Inggeris dan kedua perlu ada banyak tatabahasa (vocabs) Bahasa Inggeris
Untuk kelas ini, kami akan ajar langkah yang pertama sahaja, iaitu belajar membaca Bahasa Inggeris.
Jom kami bantu anak belajar membaca ReadEasy!
Program Cuti Sekolah 2025
Sertailah kelas ReadEasy Kami
Sepanjang cuti sekolah (20 Jan - 14 Feb 2025) nanti, kami adakan kelas intensif belajar membaca Bahasa Inggeris secara online untuk kanak-kanak
ReadEasy ada 3 peringkat iaitu beginner, intermediate & advance. Disebabkan cuti yang pendek, kelas intensif kami hanya untuk peringkat beginner sahaja.

Ringkasan Program
Kelas Online ReadEasy

Pra-Syarat
Sudah Lancar Membaca Sukukata BM
Sasaran Umur
5 Tahun & Ke Atas
Tarikh
20 Jan - 14 Feb 2025
Hari
Isnin - Jumaat
Bilangan Sesi Kelas
18x Sesi
Tempoh Sesi Kelas
55 minit
Waktu Kelas
Berdasarkan Pilihan
Mod Kelas
Zoom
Bil. Pelajar Perkelas
5 Orang
** Tiada kelas pada 29 & 30 Jan berikutan cuti umum CNY
Lisensi BAK & RE
Siapa Aulad Readers?
Kami merupakan pemegang lesen (lisensi) kelas membaca Bacalah Anakku & ReadEasy, cawangan Setia Alam
Berbekalkan ilmu yang soheh dari pengasas kaedah ini dan pengalaman selama 6 tahun kami, maka inilah pendekatan yang kami guna supaya anak ibu ayah pandai membaca

Phonic ReadEasy
Kaedah ini mudah & cepat, kerana anak tidak perlu menghafal perkataan, sebalik sukukata dibaca secara gabung bunyi

Fun Learning Approach
Walaupun online, akan ada aktiviti 'hands on' & bermain sambil belajar supaya anak-anak seronok belajar

Multisensory
Kami meraikan semua jenis cara belajar kanak-kanak baik audio, visual atau kinestatik supaya semua dapat membaca

Kumpulan Kecil
Belajar bersama 4-5 orang rakan lebih menyeronokkan. Tutor masih dapat berikan perhatian kepada setiap setiap individu
Kelas kami best, sampaikan ada yang tak nak balik & asyik tanya bila 'next class'
Lihat Testimoni!
Hasil Kelas
Online Kami
Ibubapa gembira dengan hasil, anak pula seronok kerana kelas yang menarik
Penafian : Hasil akhir/kelancaran berbeza-beza mengikut individu
Apabila anak sudah pandai membaca, banyak manfaat yang mereka akan dapat!
Sorotan Kelas
Beginilah kelas yang bakal anak ibu ayah ikuti, sarat dengan aktiviti menarik & hands on agar anak-anak merasa seronok belajar tanpa jemu
Sorotan Kelas Online
Di bawah ini, adalah beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum mendaftar
Langkah 1
Anak Sudah Lancar Membaca KVKV?
Minta anak baca teks di bawah ini tanpa bantuan ibubapa. Sekiranya anak boleh membaca dengan baik, maka bolehlah menyertai kelas ReadEasy ini.
Sila rakam semasa anak membaca. Rakaman sekitar 30-60saat sahaja. Rakaman tersebut mungkin perlu diberikan kepada kami.

Langkah 2
Pilih Jadual Waktu Kelas
Sila pilih salah satu slot masa sahaja.
Mod Kelas
ONLINE
Beginner Level
8.00-8.55 malam
9.00-9.55 malam
1. Kelas bermula pada 20 Jan - 14 Feb 2025
2. Kelas setiap hari Isnin - Jumaat,
3. Tiada kelas pada 29 & 30 Jan sempena CNY
Langkah 3
Rebut Yuran
"Early Bird"

Mod Kelas
ONLINE
Butiran
Yuran
Beginner Level
Pendaftaran
Normal
Promo Early Bird
(sebelum 12hb Jan)
RM110
RM70 (Jimat RM40!)
Yuran Pengajian
Normal
Promo Bayaran Penuh (sebelum kelas bermula)
RM370
RM360 (Jimat RM10!)
Semua yuran adalah non-refundable
Langkah 4
Pra Pendaftaran
Ini adalah pra-pendaftaran. Tiada bayaran perlu dibuat pada fasa ini. Kami akan menghubungi anda semula menerusi whatsapp untuk mengesahkan tahap & jadual masa kelas.
Soalan Lazim
Kelas biasa kami terdiri daripada 60 sesi kelas untuk menamatkan silibus dari buku 1 hingga buku 8 Bacalah Anakku. Manakala kelas cuti sekolah dipecahkan kepada dua tahap berbeza, iaitu Tahap 1 untuk silibus buku 1-5, manakala Tahap 2 untuk silibus buku 6-8.
Selain itu, modul untuk kelas cuti sekolah dipadatkan/digabungkan agar dapat ditamatkan dalam tempoh cuti yang singkat.
Jadi secara ringkas, kelas cuti sekolah adalah kelas yang ekspres & padat. Sedangkan kelas biasa lebih santai & tempoh yang lebih munasabah.
Maaf, kami tidak dapat memberikan jaminan sebegitu. Apatah lagi kejayaan anak anda bukan 100% terletak pada guru. Sebaliknya melibatkan 3 pihak iaitu tutor, anak & ibubapa yang menyokong/mengulangkaji di rumah. Kami hanya mampu mengawal silibus, modul, teknik, dan kemahiran tutor. Selebihnya bergantung kepada keupayaan anak anda untuk mengingati bunyi asas fonik, memahami konsep gabung bunyi dan pembelajaran di dalam kelas, serta sokongan ibubapa di rumah. Hasil akhir & kelancaran berbeza-beza & bergantung kepada individu
Sebagaimana praktis kebanyakkan pusat tuisyen atau tadika, kelas tetap berjalan mengikut jadual walaupun ada pelajar yang tidak dapat hadir. Ini kerana kelas dijalankan secara berkumpulan dan bersilibus. Tiada kelas ganti atau diskaun yuran diberikan. Oleh itu, rancang masa sebaik mungkin agar tidak tercicir mana-mana sesi kelas.
Kelas Bersemuka - Ruang menunggu kami sangat terhad. Oleh itu, ibubapa tidak digalakkan menunggu. Namun, jika anak anda belum mampu mengurus diri di bilik air, anda diwajibkan menunggu. Kami tidak akan mengurus anak anda ke bili air, disebabkan tutor perlu mengajar dalam waktu yang terbatas, juga mengelak sebarang isu lain. Perlu difahami, kami adalah sebuah pusat tuisyen dan bukannya tadika/taska.
Kelas Online - Pada peringkat awal, ibubapa sebaiknya ada disisi anak untuk memberi bantuan teknikal zoom. Kelas akan berehat sebentar selepas 20-30minit kelas dan guru akan menamatkan zoom. Oleh itu anak perlu masuk semula dengan klik link yang sama. Sila ajarkan anak langkah-langkah ini. Jika anak sudah biasa, boleh biarkan mereka sendirian.
Kami merupakan pemegang lesen (lisensi) kepada kaedah Fonik Bacalah Anakku. Sebagai lisensi, maka kami perlu menggunakan kaedah, teknik, silibus & modul yang sudah disediakan oleh licensor (pengasas/penerbit Bacalah Anakku).
Semua tutor kami akan dilatih diperingkat dalaman bersama pengasas Aulad Readers agar mereka mengajar menggunakan kaedah yang betul.
Oleh itu, latar belakang tutor tidaklah penting. Waima jika tutor berkenaan merupakan seorang guru tadika sekalipun, tutor tersebut tidak boleh mengunakan kaedah yang diamalkan di tadika, sebaliknya mengajar mengikut apa yang kami sudah tetapkan.
Apatah lagi, banyak tadika di luar sana mendakwa menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku, namun apabila kami teliti, mereka menggunakan dengan cara yang salah.
Aulad Readers sebagai lisensi, kami menggunakan kaedah yang betul dan soheh sebagaimana tauliah yang kami terima daripada pengasas.