Seiring dengan permintaan pasaran, kami memerlukan lebih ramai tutor partime untuk mengajar kelas online, hanya dari rumah anda (wfh)


RINGKASAN TUGAS


Jawatan :

Tutor Kelas Membaca Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris 


Lokasi :

bekerja dari rumah (wfh)


Hari Mengajar :

Isnin - Jumaat, 8.00pm - 10.00pm



Tempoh kelas :

20 minit per sesi


Platform : Zoom


Bil. Pelajar :

Kelas one-to-one, dan wajib mengajar minima 6 orang pelajar


Gaji : sehingga RM500 sebulan (rujuk ilustrasi di bawah)



TANGGUNGJAWAB UTAMA

  • Mengajar kanak-kanak membaca B.Melayu & B.Inggeris mengikut modul & jadual
  • Menyediakan bahan bantu mengajar tambahan jika perlu
  • Menyediakan laporan mengajar & progress pelajar
  • Menghadiri latihan & mesyuarat tutor
  • Berinteraksi dengan ibubapa dalam whatsapp group
  • Mestilah responsif kepada komunikasi dari syarikat diluar waktu mengajar

SYARAT KELAYAKAN & KRITERIA

  • Perempuan muslim sahaja, berumur 23-35 tahun
  • Boleh berbahasa Inggeris dengan baik
  • Tidak pelat, contohnya boleh menyebut huruf 'r' dengan betul
  • Seorang yang manis muka & mesra kanak-kanak
  • Tidak menjalankan bisnes tuisyen sendiri
  • Tiada komitmen yang mungkin 'clashed' dengan jadual mengajar
  • Mempunyai laptop/komputer , sambungan internet laju (home fiber sahaja) & mahir aplikasi zoom
  • Komited mengajar mengikut jadual sepanjang kontrak (1 tahun 6 bulan).

SOKONGAN & LATIHAN

  • Latihan mengajar disediakan (wajib sebelum mengajar)
  • Bahan mengajar asas disediakan
  • Sokongan berterusan

BAYARAN TUTOR

  • Kadar Bayaran : RM5.00 per sesi  (20minit persesi)
  • Ilustrasi Gaji :


Jika anda ada 5 pelajar ambil pakej 8x sebulan (2x seminggu) & 5 pelajar lagi pakej 12x sebulan (3x seminggu)


Jumlah sesi = (5 pelajar x 8 sesi) + (5 pelajar x 12 sesi) = 100 sesi

Gaji = 100 sesi x RM5 = RM500 sebulan


Ini adalah ilustrasi sahaja, gaji sebenar bergantung kepada bilangan pelajar & bilangan sesi yang berjaya dijalankan pada bulan berkenaan.


CARA MEMOHON

  1. Isi borang di bawah selengkapnya
  2. Anda dikehendaki merakam demonstrasi mengajar kanak-kanak usia 6 tahun membaca beberapa huruf/sukukata dalam bahasa melayu.
  • Buka zoom, tekan record & sebut nama anda sbg rujukan kami
  • Mulakan mengajar selama 2-3 minit
  • Jika anda "share slides", pastikan "layout presenter"  ialah "side-by-side" (nampak both slides & muka anda)
  • Setelah selesai, stop & save video & whatsapp video berkenaan ke 013-7319139 

Sekiranya disenaraipendek, kami akan aturkan sesi temuduga

Permohonan Tutor BAK Online
Kemahiran & Pengalaman (tanda & isi yang berkenaan)
nyatakan nama subjek & silibus jika ada (cth ajar membaca guna buku bacalah anakku)
Keperluan teknikal, tandakan jika ada
Pernah hadiri apa-apa kursus berkaitan Bacalah Anakku

Maximum file size: 33.55MB