Khas Untuk Kanak-kanak 5 Tahun & Ke Atas
Pandai baca, Tanpa PERLU HAFAL Sukukata!
.... Dalam 36-60 sesi kelas online sahaja
Dengan Kaedah Fonik Bacalah Anakku, sukukata tidak perlu dihafal. Sebaliknya, anak-anak membaca dengan cara menggabungkan bunyi huruf-huruf. Cepat, mudah dan tidak membebankan.
Kenapa Anak 'Struggle' Nak Pandai Membaca?
Ibu ayah tahu tak, dalam kaedah tradisional (mengeja/menghafal), ada ratusan sukukata kalau pun tak ribuan yang perlu dihafal oleh anak-anak?
Mari kita semak!
JENIS SUKUKATA
KIRAAN
JUMLAH
KV
17 x 5
85
KVK
17 x 5 x 9
765
KV + /ng/
17 x 5 x 1
85
JUMLAH
935
935 kombinasi nak kena hafal!!!!!
Itu pun kami hanya ambil kira 17 konsonan sahaja, huruf q, v, x & z tak kira. Konsonan akhiran pun hanya 9 huruf yang biasa digunakan sahaja (k, l, m, n, p, s, d, r, t), dan diagraf pun hanya kira untuk /ng/ sahaja.
Bayangkan kalau ambil kira semua 21 konsonan, semua 6 vokal, semua 4 digraf, dan semua diftong, bukan ke ribuan nak kena hafal!
Inilah punca utama kenapa anak-anak 'struggle' untuk pandai membaca.
Selain Itu, Ibu Ayah Pernah Hadapi Situasi Macam ni?
Sepanjang kami menjalankan kelas membaca, kami dapati inilah masalah yang kerap dihadapi oleh ibubapa

Ini Penyelesaian Cara Kami
Kami Ada Cara 'Shortcut',
Tak Perlu Hafal Sukukata
Dalam kaedah biasa, anak-anak tidak akan tahu m+a bunyinya ma, selagi mana guru tidak membunyikan ma. Begitu jugalah untuk ratusan sukukata lain.
Tetapi dalam kaedah fonik, jika anak-anak sudah menguasai teknik gabung bunyi, anak-anak boleh membunyikan sukukata ma tanpa perlu guru membunyikan terlebih dahulu.
Teknik Fonik Gabung Bunyi
- 1Pelajar diperkenalkan dengan beberapa bunyi konsonan dan vokal
- 2Beberapa teknik digunakan untuk bantu pelajar ingat bunyi
- 3Pelajar dilatih gabung bunyi untuk membaca sukukata kv. Pelbagai aktiviti bermain sambil belajar serta hands on untuk bantu pelajar
- 4Pelajar dilatih gabung bunyi dengan huruf-huruf baharu dalam setiap sesi kelas sehingga tamat buku 8 (diftong & digraf)
Supaya anak anda 'dapat'
Pendekatan Di Dalam Kelas
Inilah pendekatan yang kami gunakan di dalam kelas agar anak-anak belajar dengan seronok, dan mudah faham apa yang diajar di dalam kelas

Fonik Bacalah Anakku
Kaedah ini mudah & cepat, kerana anak tidak perlu menghafal ratusan sukukata, sebalik sukukata dibaca secara gabung bunyi

Kumpulan
Kecil
Belajar bersama 4-5 orang rakan lebih menyeronokkan. Tutor masih dapat berikan perhatian kepada setiap setiap individu

Fun Learning Approach
Baik kelas bersemuka ataupun online, akan ada aktiviti 'hands on' & bermain sambil belajar supaya anak-anak seronok belajar

Multisensory
Kami meraikan semua jenis cara belajar kanak-kanak baik audio, visual atau kinestatik supaya semua dapat membaca
Sorotan Kelas
Beginilah kelas yang bakal anak ibu ayah ikuti. Walaupun kelas online, tetap ada aktiviti menarik & hands on agar anak-anak merasa seronok belajar tanpa jemu
Aktiviti Mengenal Bunyi
Aktiviti Membina Perkataan
Aktiviti Membaca Perkataan
Aktiviti Membaca Perkataan
Cara Mendaftar
Di bawah ini, adalah beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum mendaftar
Kenal pasti tahap
Pilih Pakej Kelas
Pilih Jadual Tersedia
Daftar Kelas Percubaan
Langkah 1 : Kenal Pasti Tahap Anak

Skop kelas ini ialah supaya pelajar dapat membaca dan mengeja secara fonik. Kelancaran & penulisan bergantung kepada kesediaan (readiness) & penerimaan pelajar. Hasil akhir berbeza mengikut individu
Jika anak berada pada #1 atau #2 pada roda, sertai kelas TAHAP 1, dan begitulah seterusnya
KELAS TAHAP 1
Tahap Semasa
No.#1- #2 pada roda
Silibus
Buku 1-8 Bacalah Anakku
Jum. Sesi
60 Sesi
Jangkaan Tamat
Pakej Santai
7 1/2 bulan
Pakej Pantas
5 bulan
KELAS TAHAP 2
Tahap Semasa
No.#3 pada roda
Silibus
Buku 1-8 Bacalah Anakku
Jum. Sesi
48 Sesi
Jangkaan Tamat
Pakej Santai
6 bulan
Pakej Pantas
4 bulan
KELAS TAHAP 3
Tahap Semasa
No.#4-#5 pada roda
Silibus
Buku 6-8 Bacalah Anakku
Jum. Sesi
36 Sesi
Jangkaan Tamat
Pakej Santai
4 1/2 bulan
Pakej Pantas
3 bulan
Langkah 2 : Pilih Pakej Kelas
PAKEJ santai
RM
120
/ sebulan*
Yuran bulanan rendah, dan kelas lebih santai
* yuran bulanan adalah ansuran kepada jumlah keseluruhan sepanjang program. Yuran bulan terakhir akan diselaraskan mengikt jumlah sesi kelas
PAKEJ pantas
RM
180
/sebulan*
Yuran bulanan munasabah dan kelas lebih cepat tamat
* yuran bulanan adalah ansuran kepada jumlah keseluruhan sepanjang program. Yuran bulan terakhir akan diselaraskan mengikt jumlah sesi kelas
KELAS 1:1
RM
30
/persesi
'Customized' mengikut tahap & keperluan pelajar
Langkah 3 : Pilih Jadual Tersedia
rujuk borang pra-daftar untuk jadual terkini
Promosi Terkini

Langkah 4 : Kelas Percubaan
Daftarlah Kelas Percubaan Online kami.
Yuran kelas percubaan serendah RM5 sahaja.
biarkan mereka merasai pengalaman kelas kami yang sebenar
Testimoni










Soalan Lazim
Maaf, kami tidak dapat memberikan jaminan sebegitu. Apatah lagi kejayaan anak anda bukan 100% terletak pada guru. Sebaliknya melibatkan 3 pihak iaitu tutor, anak & ibubapa yang menyokong/mengulangkaji di rumah. Kami hanya mampu mengawal silibus, modul, teknik, dan kemahiran tutor. Selebihnya bergantung kepada keupayaan anak anda untuk mengingati bunyi asas fonik, memahami konsep gabung bunyi dan pembelajaran di dalam kelas, serta sokongan ibubapa di rumah.
Daripada pengalaman kami, 94% pelajar kami mampu membaca dan mengeja secara fonik selepas tamat kelas ini. Kelancaran dan penulisan diluar skop.
Sebagaimana praktis kebanyakkan pusat tuisyen atau tadika, kelas tetap berjalan mengikut jadual walaupun ada pelajar yang tidak dapat hadir. Ini kerana kelas dijalankan secara berkumpulan dan bersilibus. Tiada kelas ganti atau diskaun yuran diberikan. Oleh itu, rancang masa sebaik mungkin agar tidak tercicir mana-mana sesi kelas.
Kelas Bersemuka - Ruang menunggu kami sangat terhad. Oleh itu, ibubapa tidak digalakkan menunggu. Namun, jika anak anda belum mampu mengurus diri di bilik air, anda diwajibkan menunggu. Kami tidak akan mengurus anak anda ke bili air, disebabkan tutor perlu mengajar dalam waktu yang terbatas, juga mengelak sebarang isu lain. Perlu difahami, kami adalah sebuah pusat tuisyen dan bukannya tadika/taska.
Kelas Online - Pada peringkat awal, ibubapa sebaiknya ada disisi anak untuk memberi bantuan teknikal zoom. Kelas akan berehat sebentar selepas 20-30minit kelas dan guru akan menamatkan zoom. Oleh itu anak perlu masuk semula dengan klik link yang sama. Sila ajarkan anak langkah-langkah ini. Jika anak sudah biasa, boleh biarkan mereka sendirian.
Aulad Readers adalah pusat belajar membaca ekslusif dan bukannya pusat tuisyen generik.
Kami merupakan pemegang lesen (lisensi) kepada kaedah Fonik Bacalah Anakku. Sebagai lisensi, maka kami perlu menggunakan kaedah, teknik, silibus & modul yang sudah disediakan oleh licensor (pengasas/penerbit Bacalah Anakku).
Semua tutor kami akan dilatih diperingkat dalaman bersama pengasas Aulad Readers dan bersama pengasas Bacalah Anakku, agar mereka mengajar menggunakan kaedah yang betul.
Oleh itu, latar belakang tutor tidaklah penting. Waima jika tutor berkenaan merupakan seorang guru tadika sekalipun, tutor tersebut tidak boleh mengunakan kaedah yang diamalkan di tadika, sebaliknya mengajar mengikut apa yang kami sudah tetapkan.
Apatah lagi, banyak tadika di luar sana mendakwa menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku, namun apabila kami teliti, mereka menggunakan dengan cara yang salah.
Aulad Readers sebagai lisensi, kami menggunakan kaedah yang betul dan soheh sebagaimana tauliah yang kami terima daripada pengasas.