Seiring dengan permintaan pasaran, kami memerlukan lebih ramai tutor partime untuk mengajar kelas online, hanya dari rumah anda (wfh)
RINGKASAN TUGAS
Jawatan :
Tutor Kelas Membaca Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Lokasi :
bekerja dari rumah (wfh)
Hari Mengajar :
Isnin – Jumaat, 8.00pm – 10.00pm
Tempoh kelas :
20 minit per sesi
Platform : Zoom
Bil. Pelajar :
Kelas one-to-one, dan wajib mengajar minima 6 orang pelajar
Gaji : sehingga RM500 sebulan (rujuk ilustrasi di bawah)
TANGGUNGJAWAB UTAMA
- Mengajar kanak-kanak membaca B.Melayu & B.Inggeris mengikut modul & jadual
- Menyediakan bahan bantu mengajar tambahan jika perlu
- Menyediakan laporan mengajar & progress pelajar
- Menghadiri latihan & mesyuarat tutor
- Berinteraksi dengan ibubapa dalam whatsapp group
- Mestilah responsif kepada komunikasi dari syarikat diluar waktu mengajar
SYARAT KELAYAKAN & KRITERIA
- Perempuan muslim sahaja, berumur 23-35 tahun
- Boleh berbahasa Inggeris dengan baik
- Tidak pelat, contohnya boleh menyebut huruf ‘r’ dengan betul
- Seorang yang manis muka & mesra kanak-kanak
- Tidak menjalankan bisnes tuisyen sendiri
- Tiada komitmen yang mungkin ‘clashed’ dengan jadual mengajar
- Mempunyai laptop/komputer , sambungan internet laju (home fiber sahaja) & mahir aplikasi zoom
- Komited mengajar mengikut jadual sepanjang kontrak (1 tahun 6 bulan).
SOKONGAN & LATIHAN
- Latihan mengajar disediakan (wajib sebelum mengajar)
- Bahan mengajar asas disediakan
- Sokongan berterusan
BAYARAN TUTOR
- Kadar Bayaran : RM5.00 per sesi (20minit persesi)
- Ilustrasi Gaji :
Jika anda ada 5 pelajar ambil pakej 8x sebulan (2x seminggu) & 5 pelajar lagi pakej 12x sebulan (3x seminggu)
Jumlah sesi = (5 pelajar x 8 sesi) + (5 pelajar x 12 sesi) = 100 sesi
Gaji = 100 sesi x RM5 = RM500 sebulan
Ini adalah ilustrasi sahaja, gaji sebenar bergantung kepada bilangan pelajar & bilangan sesi yang berjaya dijalankan pada bulan berkenaan.
CARA MEMOHON
- Isi borang di bawah selengkapnya
- Anda dikehendaki merakam demonstrasi mengajar kanak-kanak usia 6 tahun membaca beberapa huruf/sukukata dalam bahasa melayu.
- Buka zoom, tekan record & sebut nama anda sbg rujukan kami
- Mulakan mengajar selama 2-3 minit
- Jika anda “share slides”, pastikan “layout presenter” ialah “side-by-side” (nampak both slides & muka anda)
- Setelah selesai, stop & save video & whatsapp video berkenaan ke 013-7319139
Sekiranya disenaraipendek, kami akan aturkan sesi temuduga
Permohonan Tutor BAK OnlineNama PenuhNombor WhatsappAlamat EmailUmur AndaTempat Tinggal SekarangKenapa anda berminat untuk memohon sebagai tutor?Ceritakan pengalaman yang berkaitan dengan permohonanKemahiran & Pengalaman (tanda & isi yang berkenaan) Pernah mengajar kanak2 4-7 tahun secara online (nyatakan subjek)Pernah mengajar kanak2 4-7 tahun secara online (nyatakan subjek) Tahu menggunakan zoom. Pada skala 1-10, nyatakan tahap kemahiran andaTahu menggunakan zoom. Pada skala 1-10, nyatakan tahap kemahiran anda Tahu menggunakan Google Sheet. Pada skala 1-10, nyatakan tahap kemahiran andaTahu menggunakan Google Sheet. Pada skala 1-10, nyatakan tahap kemahiran anda Boleh mengajar Isnin-Jumaat Boleh ikat kontrak 1 tahun setengahnyatakan nama subjek & silibus jika ada (cth ajar membaca guna buku bacalah anakku)Keperluan teknikal, tandakan jika ada Komputer/PC Laptop Home internet (cth Unifi, Time, Maxis Homefiber etc) Mobile internet (cth Maxis, Celcom, Digi etc) Headphone with microphonePernah hadiri apa-apa kursus berkaitan Bacalah Anakku Tidak Pernah. Sila nyatakan nama kursus & tahunPernah. Sila nyatakan nama kursus & tahunSila muatnaik RESUME TERIKINI anda di siniDrop a file here or click to uploadChoose File
Maximum file size: 33.55MB
SubmitIf you are human, leave this field blank.
