Select Columns Layout

SIAPA KAMI

SOALAN LAZIM

PAKEJ

Kami bantu anak anda

mengaji Iqra' & Al-Quran

tanpa stress, bahkan best


... Asatizah baik-baik belaka, mesra, & suka senyum ^^


Kaedah Iqra' telah membantu ramai kanak-kanak seawal 6 tahun, malah orang dewasa, untuk pandai mengaji tanpa perlu mengeja. Ia terbukti berkesan dan mudah untuk dipelajari.

APA YANG ANAK ANDA AKAN PELAJARI

  • Kami bimbing mereka untuk cepat pandai mengaji tanpa rasa stress, bahkan best & seronok dengan asatizah yang mesra
  • Kami bantu mereka untuk membaca huruf hijaiyah berbaris atas, bawah, depan & tanwin
  • Kami latih mereka membaca huruf-huruf bersambung, dalam bentuk kalimah pendek dan panjang
  • Kami juga memperkenalkan hukum tajwid kepada pelajar supaya mereka dapat membaca Al-Quran dengan baik
  • ... dan yang paling penting, kami mahu bimbing pelajar kami dari zero, kemudian boleh mengaji Iqra, muqaddam dan akhirnya lancar mengaji Al-Quran

PENDEKATAN YANG KAMI GUNAKAN

bagi memastikan anak anda 'dapat'

1. Kaedah Iqra


Kami menggunakan kaedah Iqra yang sudah lama membantu ramai kanak-kanak pandai mengaji sejak dari tahun 1996 lagi.

2. Pembelajaran Yang Menyeronokkan (fun learning)


Supaya dapat menarik minat pelajar, guru akan menggunakan pelbagai bahan seperti slides, pdf, games dan lain-lain

3. Kelas One-to-One


Guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak anda dan menyesuaian pengajaran mengikut tahap mereka.

4. Tempoh Fokus Munasabah


Kelas selama 15-20 minit supaya pelajar kekal fokus dan faham apa yang diajar. Tiada guna masa yang lama jika pelajar tidak lagi fokus.

BEGINILAH KELAS YANG ANAK ANDA BAKAL IKUTI

online, tapi fun macam dalam kelas fizikal

KELAS INI SESUAI UNTUK :-

  • Kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas, belum pernah atau masih merangkak-rangkak mengaji
  • Ibu bapa yang tinggal jauh atau terlalu sibuk untuk hantar anak-anak ke kelas Al-Quran fizikal
  • Ibu bapa yang ada kekangan untuk ajar anak-anak sendiri mengaji
  • Ibu bapa yang mahu anak belajar mengaji secara santai dengan guru yang mesra kanak-kanak 

Jika anda mahu anak-anak pandai mengaji tanpa stress, bahkan best


Daftarlah ke Kelas Percubaan Online Percuma Kami

biarkan mereka rasai pengalaman kelas  yang sebenar

APA KATA IBU BAPA PELAJAR KAMI

yang berpuas hati dengan progres anak-anak mereka

 
 
 
 

Tentang Kami

Aulad Readers merupakan pusat belajar membaca (reading center) yang terletak di Setia Alam Selangor.

Kami mengajar kanak-kanak seawal usia 5 tahun belajar membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku & ReadEasy.

Atas permintaan ramai ibubapa, kami memperkenalkan pula kelas Iqra & Al-Quran. Insyaallah, kami juga dalam proses merangka modul kelas jawi.


Jika anda mahu anak-anak pandai mengaji tanpa stress, bahkan best


Daftarlah ke Kelas Percubaan Online Percuma Kami


biarkan mereka rasai pengalaman kelas  yang sebenar

Trial Iqra

Kami akan aturkan 1x sesi kelas percubaan percuma mengikut pilihan pakej/jadual/masa anda. Anda akan dihubungi oleh tim kami dalam masa terdekat.

dimiliki oleh Akademi Aulad Readers

No. 42-1F, Seria 88 Business Center, 

Jalan Setia Perdana BF U13/BE, Setia Alam

40170 Shah Alam, Selangor