Pandai Baca Tanpa Perlu Hafal Sukukata
Bagaimana Pelajar Kami Pandai Baca Bahasa Melayu Dengan Mudah & Cepat Menerusi Teknik Gabung Bunyi
Serendah RM10 Sahaja
Dalam Kaedah Biasa, Ada Lebih 1,000 Kombinasi Sukukata Nak Kena Kuasai. Anak Struggle Nak Ingat
Tahukah Ibu Ayah?
Dalam kaedah membaca secara tradisional (mengeja & menghafal sukukata), anak sebenarnya perlu mengenal dan menghafal ratusan kombinasi sukukata.
Jika kita lihat pola asas yang biasa digunakan untuk membina perkataan, anak perlu menguasai kombinasi KV, KVK dan KV + /ng/. Apabila semua kombinasi ini dikira, terdapat sehingga 1,020 kombinasi pola.
Mari Kita Semak
| JENIS SUKUKATA | KIRAAN | JUMLAH |
|---|---|---|
| KV (cth: ba, bi, bu) | 17 x 5 | 85 |
| KVK (cth: bak, bik, but) | 17 x 5 x 10 | 850 |
| KV + /ng/ (cth: bang, bing) | 17 x 5 x 1 | 85 |
| JUMLAH KESELURUHAN | 1,020 | |
|
Nota kiraan: • 17 konsonan awal: B, C, D, F, G, H, J, K, L, M, N, P, R, S, T, W, Y • 5 vokal: A, E, I, O, U • 10 akhiran KVK: B, D, K, L, M, N, P, R, S, T |
||
Masalahnya, apabila anak sudah menghafal:
b + a = ba
ia tidak secara automatik membantu anak mengetahui bahawa:
c + a = ca
d + a = da
Anak masih perlu mengenal dan menghafal bunyi “ca”, “da”, dan lain-lain secara khusus.
Begitu juga dengan sukukata yang lain — setiap kombinasi perlu dipelajari dan dihafal satu demi satu.
Inilah punca utama kenapa anak-anak ‘struggle’ untuk pandai membaca
Selain Itu, Ibu Ayah Pernah Hadapi Situasi Macam Ni Tak?
Sepanjang kami menjalankan kelas membaca, kami dapati inilah masalah yang kerap dihadapi oleh ibu ayah.
Ibu ayah nak ajar sendiri, tapi tak tahu cara yang betul.
Dah cuba ajar, tapi anak tak nak belajar dengan ibu ayah.
Anak nak belajar, tapi ibu ayah yang tak ada masa.
Dah ajar tapi anak cepat lupa apa yang diajar.
Ibu ayah auto jadi “singa” bila ajar anak.
Kalau salah satu situasi ini pernah berlaku, anda tidak keseorangan.
Kami Ada Cara. Biar Kami Bantu.
Memperkenalkan
Kaedah Fonik Bacalah Anakku
Dalam kaedah biasa, anak-anak tidak akan tahu bahawa m + a boleh dibunyikan sebagai ma, selagi bunyi gabungan ma itu belum diperkenalkan oleh guru. Begitu juga dengan ratusan sukukata yang lain.
Tetapi dalam kaedah fonik, anak belajar cara menggabungkan bunyi.
Apabila teknik ini sudah dikuasai, anak boleh membunyikan sukukata seperti ma sendiri — tanpa perlu guru membunyikan setiap sukukata terlebih dahulu.
Bahkan, jika susunan huruf diterbalikkan, mereka masih dapat membaca sukukata itu
Hanya Perlu Ulang 4 Langkah Ini Sahaja
Anak tak perlu hafal ratusan sukukata lagi, cukup sekadar menguasai 21~28 bunyi asas!
Langkah 1: Kenal Bunyi Huruf
Mengenal bunyi asas huruf (bukan sekadar sebut nama A-Z).
Langkah 2: Teknik Gabung Bunyi
Menggabungkan 2 atau 3 bunyi serentak (contoh: /m/ + /a/ + /t/).
Langkah 3: Terus Boleh Membaca
Anak berupaya membaca perkataan baharu walau susunan diterbalikkan!
Langkah 4: Ulang Dengan Bunyi Baru
Ulang proses yang sama menggunakan bunyi baharu untuk membaca lebih banyak perkataan.
Apa Yang Special Dalam Kelas Online Kami?
Tak Perlu Hafal Sukukata
Mudah, cepat & tidak membebankan ingatan anak.
1:1 & Berkumpulan
Boleh pilih format personal 1:1 atau kumpulan kecil.
Fun Learning
Aktiviti ‘hands-on’ & bermain sambil belajar.
Multisensory
Meraikan cara belajar audio, visual & kinestatik.
Saksikan Hasil Pelajar Kelas Online Kami
Pilihan Pakej Kelas Online
Pilih format kelas yang paling sesuai untuk anak anda:
🌟 Kelas Online 1:1 (Personal)
1 Tutor : 1 Pelajar (Fokus 100%)
- Bimbingan ikut tahap anak
- Fokus 100% kepada anak
- Sesuai untuk anak yang sudah ada asas
RM10 SAHAJA
👥 Kelas Online Berkumpulan
Kumpulan Kecil (4 Pelajar)
- Belajar bersama rakan lebih seronok
- Ikut silibus pembelajaran
- Lebih seronok & interaktif
- ✓ Sesuai untuk pemula
RM10 SAHAJA
Daftar Kelas Percubaan RM10
Isi borang ringkas di bawah untuk semakan kekosongan jadual di WhatsApp:
Panduan Tahap Bacaan Anak
Klik Untuk Besarkan
Soalan Yang Kerap Ditanya
Berapa lama durasi 1 sesi kelas?
Kelas 1:1 (Personal) berlangsung selama 20 minit setiap sesi, kerana tempoh ini lebih sesuai dengan fokus dan attention span kebanyakan murid.
Kelas berkumpulan pula berlangsung selama 35 minit setiap sesi, dengan aktiviti pembelajaran disusun mengikut silibus.
Bagaimana jadual kelas disusun?
Jadual kelas disusun mengikut kekosongan slot tutor semasa.
Ibu bapa boleh hubungi kami melalui WhatsApp untuk menyemak slot yang masih tersedia.
Adakah anak saya dijamin pandai membaca selepas tamat kelas?
Setiap anak mempunyai kadar perkembangan yang berbeza, jadi kami tidak menjanjikan tempoh atau hasil yang sama untuk setiap murid.
Namun, berdasarkan pengalaman kami, 95% pelajar kami mampu membaca dan mengeja secara fonik selepas menamatkan kelas ini.
Kaedah Fonik Bacalah Anakku membantu anak memahami cara membunyikan dan menggabungkan bunyi, bukan sekadar menghafal sukukata.
Adakah anak saya akan keliru jika tadika mengajar menggunakan kaedah lain?
Pada peringkat awal, anak mungkin memerlukan sedikit masa untuk memahami perbezaan antara nama huruf dan bunyi huruf.
Namun, ia biasanya mudah diatasi dengan penerangan dan latihan yang konsisten.
Kami juga menggunakan analogi mudah seperti “kucing” ialah nama, manakala “meow” ialah bunyinya, supaya anak lebih mudah memahami konsep tersebut.
Kalau anak saya tidak dapat hadir pada sesi tertentu, adakah akan diberikan kelas ganti atau diskaun yuran?
Yuran yang dibayar adalah untuk tempahan masa tutor mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan. Oleh itu, sesi yang tidak dihadiri oleh murid biasanya dianggap sebagai sesi yang telah digunakan dan tiada potongan yuran diberikan.
Kelas ganti hanya dipertimbangkan untuk kelas individu mengikut terma & syarat yang diberikan semasa pendaftaran
Perlukah saya menemani anak sepanjang kelas berjalan?
Pada peringkat awal, kami menggalakkan ibu bapa atau penjaga berada berhampiran untuk membantu sekiranya terdapat masalah teknikal seperti Zoom.
Namun, sekiranya anak sudah biasa mengikuti kelas dan boleh mengendalikan kelas sendiri, ibu bapa boleh membiarkan anak mengikuti kelas secara lebih berdikari.
Berapa umur minimum untuk sertai kelas ini?
Umur yang paling sesuai ialah 5 tahun ke atas, mengikut tarikh lahir.
Namun, kami masih menerima murid 4 tahun ke atas sekiranya anak sudah bersedia untuk mengikuti pembelajaran secara formal dan mampu memberikan fokus sepanjang kelas.
Apakah latar belakang tutor Aulad Readers? Adakah mereka guru tadika?
Aulad Readers ialah pusat pembelajaran membaca yang khusus, bukannya pusat tuisyen generik.
Kami merupakan licensee kepada Kaedah Fonik Bacalah Anakku. Oleh itu, tutor kami perlu mengikuti kaedah, teknik, silibus dan modul yang telah ditetapkan oleh pihak licensor.
Semua tutor Aulad Readers menjalani latihan dalaman dan bimbingan supaya mereka dapat mengajar menggunakan kaedah yang betul dan konsisten.
Jadi, latar belakang tutor bukanlah satu-satunya ukuran. Yang lebih penting ialah tutor tersebut terlatih menggunakan kaedah yang kami gunakan dan mampu menyampaikan pembelajaran dengan betul.
Malah, walaupun seseorang tutor mempunyai pengalaman mengajar di tadika, mereka tetap perlu mengikuti kaedah dan teknik Aulad Readers yang telah ditetapkan.