Kelas Cepat Membaca

Bagaimana kami dapat

membantu anak anda 

membaca Bahasa Melayu

tanpa perlu hafal sukukata

… dalam 48-60 kali (32-40jam) sesi kelas ONLINE sahaja

Kaedah Fonik Bacalah Anakku telah membantu ribuan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas di seluruh negara semenjak tahun 1996, supaya mereka dapat membaca di awal usia dengan mudah, cepat & seronok.

APA YANG ANAK ANDA AKAN PELAJARI

  • Kami bimbing mereka untuk cepat pandai membaca tanpa rasa stress, sebaliknya belajar secara santai, seronok dan cepat menggunakan Kaedah Fonik Bacalah Anakku
  • Kami akan bantu mereka untuk menghafal 28 bunyi asas dalam Bahasa Melayu menggunakan teknik asosiasi
  • Kami akan latih mereka membaca sukukata terbuka dan tertutup menggunakan teknik gabung bunyi. Kini, anak tidak perlu menghafal ribuan sukukata spt da di du, dan din dun, dang ding dung dsb lagi.
  • Kami juga ajarkan anak-anak membina perkataan. Proses ini membantu mereka untuk menulis. Membaca adalah proses ‘forward‘ manakala menulis adalah proses ‘reverse‘ yang diabaikan oleh ramai orang menyebabkan mereka tahu membaca, tapi tidak tahu menulis.
  • … dan yang paling penting,  kami meraikan dunia anak-anak yang suka bermain, dengan pendekatan belajar sambil bermain (play&learn) dan seronok (fun learning) sehingga mereka tak sabar-sabar & tertunggu-tunggu kelas berikutnya

PENDEKATAN YANG KAMI GUNAKAN

bagi memastikan anak anda ‘dapat’

1. Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku

Kami menggunakan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku. Menerusi kaedah ini, anak anda membaca dengan menggabung bunyi dan bukannya menghafal sukukata

2. Pembelajaran Yang Menyeronokkan (fun learning)

Kami mempelbagaikan bahan pengajaran termasuklah slides, kad imbas dan lain-lain, serta aktiviti interaktif dua hala dan juga hands on agar lebih menarik minat anak-anak

3. Kepelbagaian Deria (multisensory)

Kami sedar akan gaya belajar yang berbeza di kalangan kanak-kanak, iaitu visual, audio dan kinestatik. Pendekatan yang kami guna bersesuaian dengan ketiga-tiga gaya belajar ini supaya tiada pelajar yang tercicir

4. Aktiviti Fizikal (hands on)

Kami akan poskan beberapa bahan pembelajaran seperti buku latihan, playdough dan lain-lain. Pelajar akan menggunakan bahan ini untuk aktiviti semasa kelas berjalan. Aktiviti ini penting untuk bantu mereka ingat bunyi asas, dan faham proses gabung bunyi

5. Kemahiran Gabung Bunyi

Kejayaan kepada kelas ini adalah sejauh mana pelajar menguasai kemahiran menggabungkan bunyi. Kemahiran ini akan sentiasa diulang dalam setiap sesi dengan bunyi asas yang berbeza, dan dalam bentuk aktiviti yang berbeza

6. Berkumpulan Tetapi Berfokus Individu

Anak-anak akan belajar dalam kumpulan yang kecil seramai 5 orang pelajar sahaja. Belajar bersama kawan-kawan lebih menyeronokkan. Tutor pula masih mampu memberi tumpuan secara individu kepada setiap pelajar

BEGINILAH KELAS YANG ANAK ANDA BAKAL IKUTI

online, tapi fun macam dalam kelas fizikal

BUKU DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

kami akan poskan sebelum kelas bermula

KELAS INI SESUAI UNTUK :-

  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas dan belum pernah belajar membaca
  • Kanak-kanak yang pernah belajar membaca tapi masih tidak boleh membaca sukukata KVKV (contoh mata, saya, mana etc)
  • Ibu bapa yang mahukan anaknya pandai membaca secara santai dan seronok tanpa ‘drilling’
  • Ibu bapa yang mahukan anaknya pandai membaca tetapi tidak sempat atau jauh dari kelas fizikal

KELAS INI TIDAK SESUAI UNTUK :-

  • Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang sudah boleh membaca sukukata KVKV (contoh mana, saya) melainkan anda mahu anak belajar dari awal semula
  • Ibu bapa yang mahukan anaknya diajar secara intensif & latih tubi
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti disleksia, autisme etc. Kami adalah pusat membaca dan bukan pusat terapi. 

Jika anda mahu anak-anak pandai membaca tanpa perlu hafal sukukata, seronok & santai

Daftarlah ke Kelas Percubaan Online Kami, Serendah RM10!

biarkan mereka rasai pengalaman kelas  yang sebenar

APA KATA IBU BAPA PELAJAR KAMI

yang berpuas hati dengan progres anak-anak mereka

    

Hi! Saya Tecer Dee

Tecer Dee merupakan pengasas kepada pusat cepat membaca Aulad Readers yang terletak di Setia Alam, Selangor. 

Saya juga merupakan ‘Certified Personal Coach’ untuk kaedah fonik Bacalah Anakku & ReadEasy

Menerusi program perlesenan Phonic Smart, Aulad Readers ditauliahkan oleh pengasas Kaedah Fonik Bacalah Anakku & ReadEasy untuk menganjurkan kelas cepat membaca secara fizikal di Setia Alam & secara online serata negara.

Kami telah membantu hampir 500 kanak-kanak agar pandai membaca secara santai, seronok dan tanpa perlu menghafal sukukata.

Tecer Dee tidak keseorangan, sebaliknya dibantu oleh barisan tutor kami yang terlatih.

Tecer Dee & Aulad Readers Sana Sini

Kursus Pentauliahan Lesen Pusat Cepat Membaca Oleh Pengasas Kaedah Fonik Bacalah Anakku

Ditauliahkan Sebagai ‘Certified Personal Coach’ Fonik Bacalah Anakku & ReadEasy

Bersama OT Aisyah Rozalli & OT Aabidah dalam bengkel tulis baca anjuran Aulad Readers

Sewaktu menganjurkan Kursus Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku

Anak-anak yang belajar secara bersemuka di pusat bacaan kami

Belajar bunyi /p/ sambil bermain pedang agar lebih ingat

Jadual & Yuran

Jika anda mahu anak-anak pandai membaca tanpa perlu hafal sukukata, seronok & santai

Daftarlah ke Kelas Percubaan Online Kami, Serendah RM10!

biarkan mereka rasai pengalaman kelas  yang sebenar 

Soalan-soalan Lazim

dimiliki oleh Ujana Sinergi PLT

No. 42-1F, Seria 88 Business Center, 

Jalan Setia Perdana BF U13/BE, Setia Alam

40170 Shah Alam, Selangor

Scroll to Top