Pengambilan Tutor KCS 2026 | Aulad Readers
PENGAMBILAN TUTOR • PROJEK KELAS CUTI SEKOLAH 2026
✨ Peluang menjadi tutor online

Jom sertai kami sebagai Tutor Cuti Sekolah 2026.

Aulad Readers sedang mencari tutor wanita yang berpengalaman mengajar kanak-kanak, komited dan bersedia mengikuti latihan online melalui Zoom sebelum mengendalikan kelas membaca Bahasa Melayu menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku untuk program Kelas Cuti Sekolah (KCS).

Saya Berminat — Mohon Sekarang
Timeline

Penglibatan Anda Sepanjang KCS 2026

Komitmen bermula sebelum KCS dibuka kepada pelajar.

01
30 Okt – 8 Nov 2026

Latihan Tutor

Latihan tutor dibahagikan kepada dua bahagian: Kursus Cara Mengajar pada 30 Okt – 1 Nov, diikuti latihan/amali mengajar pada 2 – 6 Nov. Klik untuk melihat jadual terperinci.

02
9 Nov – 4 Dis

Mengajar Trial Class KCS

Mengajar kelas percubaan untuk menarik minat pelajar dan meyakinkan ibu bapa agar mendaftar KCS. Jadual kelas bergantung kepada keperluan, namun tutor mesti bersedia antara Isnin – Jumaat, 8.00pm – 10.0pm

03
7 Dis – 23 Dis

Mengajar KCS (Kelas Sebenar)

Mengajar kelas personal atau berkumpulan mengikut silibus dari 7 Dis – 23 Dis, 8.00pm – 10.00pm (kecuali Ahad) sehingga matlamat program KCS tercapai. Rujuk Jadual KCS.

SLIDES / BAHAN BANTU MENGAJAR DISEDIAKAN

Bahan pengajaran disediakan untuk membantu tutor menjalankan kelas.

TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI TUTOR

Tanggungjawab anda bermula dari latihan mengajar, mengendalikan kelas percubaan, persiapan sebelum mengajar, mengajar mengikut silibus, responsif kepada komunikasi daripada pengurusan dan menyediakan laporan yang diperlukan.

Syarat & Kelayakkan

Siapa yang kami cari?

Pastikan anda boleh memenuhi keperluan utama program ini.

✅ Syarat utama

  • ✓Wanita berumur 23–35 tahun.
  • ✓Mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak.
  • ✓Mempunyai laptop atau komputer sendiri. Tablet tidak diterima.
  • ✓Mempunyai sambungan internet rumah yang stabil. Hotspot telefon sahaja tidak diterima.
  • ✓Boleh menggunakan Canva, Zoom dan Google Workspace seperti Google Sheets dan Google Slides.
  • ✓Boleh menghadiri latihan, mengendalikan trial class dan mengajar mengikut jadual KCS.

⭐ Kelebihan tambahan

  • +Berpengalaman mengajar menggunakan kaedah fonik.
  • +Mempunyai pengetahuan atau pengalaman menggunakan kaedah Bacalah Anakku.
  • +Berminat meneruskan kerjasama sebagai tutor Aulad Readers selepas program KCS.
Komitmen waktu malam & komunikasi

Calon mestilah tidak mempunyai komitmen lain pada waktu malam yang bertindih dengan jadual mengajar, seperti kerja lebih masa, kelas pengajian atau mesyuarat lewat.

Calon perlu boleh dihubungi antara 8.00 pagi hingga 11.00 malam dan memberikan maklum balas dalam tempoh yang munasabah supaya penyelarasan, arahan dan pelaporan dapat berjalan lancar sepanjang program.

Bayaran tutor

Kadar bayaran setiap kelas

Bayaran adalah berdasarkan jenis kelas yang dikendalikan.

Kelas personal

RM5

20 minit setiap kelas

Jumlah bayaran bergantung pada bilangan dan jenis kelas yang diberikan. Jadual mengajar akan diselaraskan oleh pihak pengurusan.

Ilustrasi Bayaran
4 kelas personal
RM300
(RM5 + RM5 + RM5 + RM5) × 15 sesi
Anggaran kelas percubaan
(RM5 × 6–8 sesi) = RM30–RM40
1 group + 2 personal
RM285
(RM9 + RM5 + RM5) × 15 sesi
Anggaran kelas percubaan
(RM9 × 3–4 sesi) + (RM5 × 4 sesi) = RM47–RM56
2 group + 1 personal
RM345
(RM9 + RM9 + RM5) × 15 sesi
Anggaran kelas percubaan
(RM9 × 6–8 sesi) + (RM5 × 2 sesi) = RM64–RM82

Bayaran kelas KCS dikira untuk 15 sesi. Anggaran bayaran kelas percubaan ditunjukkan secara berasingan dan bergantung pada bilangan trial yang diperlukan. Kadar bayaran: RM5 bagi kelas personal dan RM9 bagi kelas berkumpulan.

Borang permohonan

Adakah anda calon yang sesuai?

Lengkapkan borang ini dengan maklumat yang tepat. Pihak Aulad Readers akan menilai kesesuaian calon berdasarkan keperluan program dan komitmen yang dinyatakan.

Sebelum menghantar:
Pastikan anda sudah menyemak tarikh latihan, keperluan komputer dan internet, serta kesediaan untuk mengajar mengikut jadual KCS.

Adakah anda mempunyai laptop atau komputer sendiri? *
Apakah jenis sambungan internet yang anda gunakan di rumah? *
Bolehkah anda menghadiri latihan antara 30 Oktober–8 November 2026 melalui Zoom? *
Bolehkah anda mengajar kelas percubaan dan kelas sebenar mengikut jadual KCS? *
Bolehkah anda menyemak dan membalas mesej serta memberikan laporan antara 8 pagi–11 malam dengan menetapkan time block yang sesuai? *
Adakah anda berminat meneruskan kerjasama sebagai tutor selepas KCS tamat? *
Muat naik satu fail sahaja. Saiz maksimum 5 MB.

Maklumat permohonan dan resume akan dihantar ke Google Sheets selepas integrasi diaktifkan.

Soalan lazim

Sebelum anda memohon

Saya belum pernah mengajar Bacalah Anakku. Boleh memohon?

Boleh, sekiranya anda mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak dan memenuhi syarat utama. Pengalaman menggunakan kaedah fonik atau Bacalah Anakku ialah satu kelebihan.

Boleh gunakan tablet atau hotspot telefon?

Tidak. Calon perlu mempunyai laptop atau komputer sendiri dan sambungan internet rumah. Tablet dan hotspot telefon sahaja tidak memenuhi keperluan program.

Adakah saya perlu membalas mesej sepanjang hari?

Anda tidak perlu sentiasa memegang telefon, tetapi perlu menetapkan beberapa time block antara 8 pagi hingga 11 malam untuk menyemak dan membalas mesej, mengikuti arahan serta memberikan laporan dengan segera.

Bolehkah saya memohon untuk program KCS sahaja?

Boleh. Dalam borang, nyatakan sama ada anda berminat untuk meneruskan kerjasama selepas KCS atau hanya mahu menyertai program ini.

Bersedia untuk menyertai pasukan kami?

Semak komitmen anda dan lengkapkan borang permohonan. Kami mengalu-alukan calon yang berpengalaman, teliti dan boleh bekerjasama dengan baik.

Isi Borang Permohonan
© 2026 Aulad Readers · Pengambilan Tutor Kelas Cuti Sekolah
Scroll to Top