Sertai Pasukan Aulad Readers!

Aulad Readers ialah pusat pembelajaran yang memfokuskan pembinaan kemahiran membaca kanak-kanak melalui pendekatan tersusun mengikut tahap kemampuan pelajar. Kami sedang mencari Admin cum Reading Tutor yang proaktif, berorganisasi tinggi, dan berdedikasi untuk memacu kelancaran operasi pusat serta menyokong perkembangan literasi kanak-kanak.

RINGKASAN JAWATAN

  • Jawatan: Admin cum Tutor Ajar Membaca Bahasa Malaysia / English
  • Jenis Pekerjaan: Kontrak 1 tahun
  • Lokasi: Seria 88, Setia Alam, Selangor
  • Tawaran Gaji: RM1000 sebulan + elaun ‘tutor ganti’
  • Manfaat: Caruman KWSP/Perkeso/SIP
  • Waktu Bekerja:
    • Isnin – Jumaat: 6.00 petang – 10.15 malam (rehat 15minit)
    • Sabtu: 9.00 pagi – 1.00 petang

🗂️ SKOP TUGAS

1. PENGKERANIAN

Tugas utama anda adalah membantu memastikan operasi pusat berjalan lancar setiap hari, termasuk:

  • Pengkeranian: Mengemaskini fail (filing), rekod pendaftaran, serta pengurusan dokumen pejabat seperti pencetakan (printing) dan pengimbasan (scanning)
  • Receptionist: Menyambut ibu bapa & pelajar di pusat tuisyen. Mengurus komunikasi rasmi menerusi WhatsApp dan telefon secara mesra, pantas, dan profesional
  • Pengurusan Kewangan Asas: Menyediakan inbois, merekod pembayaran yuran, mengeluarkan resit rasmi, dan memantau dan follow up tunggakan.
  • Sokongan Kelas: Menyediakan keperluan tutor, memastikan alat tulis dan bahan pembelajaran sentiasa mencukupi (kelas online & offline). Menemani pelajar ke bilik air dan membantu sekiranya diperlukan, tanpa perlu membersihkan ‘kotoran’ mereka.
  • Penyelenggaraan Premis: Memastikan ruang kelas, pejabat, pantri dan kawasan umum sentiasa bersih, kemas dan selesa (termasuk mencuci pantri dan tandas)

2. TUTOR AJAR MEMBACA

Pada hari yang ditetapkan, anda juga akan mengendalikan kelas membaca:

  • Kelas Tetap: Melaksanakan sesi pengajaran membaca berpandukan modul, metodologi, dan panduan standard Aulad Readers. Kelas dua hari dalam seminggu
  • Tutor Ganti: Menggantikan tutor lain sekiranya tutor berkenaan tidak dapat hadir dan membantu/mengajar dalam program khas seperti kelas cuti sekolah
  • Laporan Perkembangan: Menyediakan laporan kemajuan membaca pelajar secara berkala.
  • Pengurusan Group WhatsApp: Mengendali kumpulan WhatsApp rasmi kelas bagi perkongsian aktiviti dan pengumuman.
  • Hubungan Ibu Bapa: Bertindak sebagai contact point utama bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas ibu bapa.

KELAYAKAN & KEMAHIRAN

  • Kelayakan Akademik: Minimum Diploma dalam apa jua bidang (keutamaan dalam Pendidikan / Pentadbiran / Pengurusan).
  • Kemahiran Komunikasi: Memiliki kemahiran komunikasi secara lisan dan bertulis untuk berurusan dengan ibu bapa serta kanak-kanak.
  • Kemahiran Teknikal: Kemahiran asas dalam penggunaan perisian pejabat seperti MS Office atau Google Workspace, serta aplikasi pengurusan WhatsApp.
  • Etika Kerja (Work Ethic): Teliti (detail-oriented), menepati masa, serta mahir menguruskan pelbagai tugas (multitasking) mengikut keutamaan.
  • Personaliti: Penyabar, berpersonaliti positif, mesra, dan mempunyai minat mendalam untuk bekerja serta berinteraksi dengan kanak-kanak.

Pengalaman mengajar TIDAK WAJIB — Latihan mengajar (teori & praktikal) yang komprehensif akan diberikan

📩 CARA MEMOHON

Berminat untuk menyertai Aulad Readers? Isi maklumat di bawah dan muatnaik resume TERKINI kemudian klik SUBMIT

Permohonan Admin cum Tutor
Status Perkahwinan
Kemahiran Pengkeranian (tanda yang berkaitan)

Maximum file size: 33.55MB

Scroll to Top