Kelas Intensif
Cepat Membaca
Cuti Sekolah (KCS)
Usah sia-siakan masa cuti anak, jom belajar membaca menggunakan kaedah Fonik Bacalah Anakku. Pandai membaca tanpa perlu menghafal sukukata.
Apa yang Anak Akan Belajar?
Sepanjang cuti sekolah pada 7–23 Disember 2026, Aulad Readers mengadakan kelas intensif membaca menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas.
Kelas ditawarkan secara online melalui Zoom, dengan pilihan bimbingan 1:1 atau berkumpulan. Anak akan belajar mengikut tahap penguasaan masing-masing.

Kenal Bunyi
Mengenal bunyi huruf yang digunakan dalam proses membaca.

Kemahiran Gabung Bunyi
Belajar mencantumkan bunyi untuk membentuk suku kata dan perkataan.

Membaca Suku Kata dan Perkataan
Latihan bacaan disesuaikan dengan tahap kelas dan penguasaan anak.
Belajar Membaca Dengan Cara
Yang Lebih Mudah & Menyeronokkan
Kaedah Fonik Bacalah Anakku yang membantu anak membina kemahiran membaca.

Fonik Bacalah
Anakku
Suku kata tidak dihafal, tetapi dibaca melalui gabung bunyi.

Fun Learning
Pembelajaran dijalankan secara menarik dan mesra kanak-kanak.

Latihan
Berperingkat
Latihan bacaan disusun mengikut tahap penguasaan anak.

Pilihan Kelas
Pilih kelas 1:1 atau berkumpulan mengikut kesesuaian anak.

Pilihan Mod
Pilih kelas online melalui Zoom atau bersemuka di pusat kami.

Aktiviti
Hands On
Anak belajar secara aktif melalui kad bunyi dan latihan yang melibatkan penyertaan mereka.
Sesuai Untuk Siapa?
Kenal pasti tahap bacaan anak untuk memilih kelas yang paling sesuai sepanjang Kelas Intensif Cuti Sekolah.
Tahap Pemula
Untuk Siapa?
Untuk anak yang baru mula belajar membaca atau memerlukan ulang kaji dan pemantapan asas.
Apa yang akan dipelajari?
- Belajar dari asas fonik hingga membaca perkataan KVKV.
- Menggunakan Buku 1–4 Bacalah Anakku.
Tahap Pengukuhan
Untuk Siapa?
Untuk anak yang sudah boleh membaca KVKV dan bersedia mempelajari corak bacaan yang lebih mencabar.
Apa yang akan dipelajari?
- Membaca perkataan KVK hingga diftong.
- Menggunakan Buku 5–8 Bacalah Anakku.
Mengikut Tahap Anak
Untuk Siapa?
Untuk anak yang memerlukan pembelajaran khusus berdasarkan tahap penguasaan bacaan semasa.
Bagaimana kelas dijalankan?
- Tutor menyesuaikan pembelajaran mengikut tahap anak.
- Fokus pada kemahiran yang sempat dipelajari dan dikuasai dalam 15 sesi.
Dah kenal pasti tahap bacaan anak?
Semak jadual & pilih kelas mengikut kesesuaian.
Pilih Masa Kelas yang Sesuai
Kelas berkumpulan mengikut tahap bacaan, manakala kelas individu terbuka untuk semua tahap.
Jadual Kelas KCS
7–23 Disember 2026
Yuran Kelas KCS
Daftar sebelum 25 November 2026 untuk menikmati harga Early Bird.
Kelas Personal 1:1
Sesi individu bersama tutor untuk fokus pada keperluan bacaan anak.
RM350
Harga asal RM390
Trial fee RM5
Kelas Berkumpulan
Pilihan kelas berkumpulan untuk belajar dalam suasana bersama rakan.
RM190
Harga asal RM225
Trial fee RM5
Kelas Berkumpulan
Kelas membaca secara bersemuka di Setia Alam, dalam kumpulan kecil maksimum 4 orang murid.
RM350
Harga asal RM380
Tiada trial class · Pendaftaran terus
Promosi Early Bird sah untuk pendaftaran sebelum 25 November 2026.
Perkara yang ibu bapa ingin tahu
Bolehkah anak yang belum mengenal ABC atau belum boleh membaca menyertai program ini?
Ya. Program KCS terbuka kepada kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, termasuk anak yang baru mula belajar membaca. Tahap kelas dipilih berdasarkan kemahiran bacaan semasa anak.
Bagaimanakah saya menentukan tahap bacaan yang sesuai untuk anak?
Pemilihan tahap dibuat berdasarkan kemahiran membaca anak ketika ini. Tahap 1 sesuai untuk anak yang baru mula belajar membaca atau yang memerlukan ulang kaji dari asas hingga suku kata KVKV. Tahap 2 sesuai untuk anak yang sudah boleh membaca KVKV dan bersedia mempelajari corak bacaan yang lebih mencabar. Tahap Terbuka ialah bimbingan individu yang disesuaikan dengan tahap penguasaan bacaan anak.
Adakah anak dijamin boleh membaca dengan lancar selepas tamat program KCS?
Kemajuan setiap anak berbeza mengikut tahap permulaan, keupayaan menguasai bunyi dan latihan. Program ini menyediakan latihan membaca secara intensif dan berstruktur, namun tahap penguasaan yang dicapai mungkin berbeza bagi setiap anak.
Apakah perbezaan antara kelas berkumpulan dengan kelas individu 1:1?
Kelas berkumpulan melibatkan 4 orang murid yang dikelompokkan mengikut tahap bacaan. Kelas individu 1:1 pula melibatkan seorang tutor dan seorang murid, dengan tumpuan pembelajaran yang lebih khusus kepada keperluan anak.
Berapakah yuran program dan yuran pendaftaran?
Harga Early Bird bagi pendaftaran sebelum 25 November 2026 ialah RM350 untuk kelas individu 1:1 dan RM190 untuk kelas berkumpulan. Yuran pendaftaran bersama kit aktiviti ialah RM50. Caj penghantaran tambahan sebanyak RM15 dikenakan bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Bolehkah saya meminta kelas ganti jika anak tidak dapat hadir?
Kelas yang tidak dapat dihadiri tidak boleh diganti. Tiada diskaun diberikan bagi kelas yang terlepas.
Bolehkah anak meneruskan kelas selepas program KCS tamat?
Ya. Penyambungan kelas boleh dipertimbangkan, tertakluk pada kekosongan semasa.
Adakah caj penghantaran dikenakan untuk bahan pembelajaran?
Ya. Caj penghantaran tambahan sebanyak RM15 dikenakan bagi penghantaran bahan ke Sabah dan Sarawak.
Beri anak peluang untuk lebih yakin membaca.
Pilih pakej kelas KCS yang sesuai dan dapatkan maklumat pendaftaran daripada Aulad Readers.
Lihat Tahap Pembelajaran ↑