Part-Time
Online Tutor
Ajar Kanak-kanak Membaca Secara Online Dari Rumah
Latihan mengajar menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku / ReadEasy akan diberikan.
Siapa Kami?
Aulad Readers adalah lisensi kepada Phonic Smart, sebuah program perlesenan yang disediakan oleh syarikat ReadNetwork Sdn Bhd, iaitu pengasas dan penerbit kaedah fonik Bacalah Anakku dan ReadEasy. Kami beroperasi secara fizikal di Setia Alam, Selangor dan secara dalam talian.
Deskripsi Kerja
Sebagai Tutor Aulad Readers, anda dikehendaki mengikuti latihan pengajaran, merancang dan melaksanakan sesi pembelajaran menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dan ReadEasy seperti yang telah ditetapkan. Anda juga bertanggungjawab memastikan setiap pelajar mencapai sasaran kemahiran membaca selepas menamatkan program.
Tanggungjawab Utama
Mengikuti latihan mengajar serta mesyuarat tutor.
Mengajar kanak-kanak membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut modul serta jadual yang ditetapkan.
Menyediakan bahan bantu mengajar atau slaid yang bersesuaian. Slaid asas disediakan.
Menyediakan laporan pengajaran dan perkembangan pelajar secara berkala.
Berinteraksi dengan ibu bapa melalui kumpulan WhatsApp.
Responsif terhadap komunikasi daripada pihak syarikat di luar waktu mengajar.
Kelayakan
Pilihan Jadual Mengajar
Anda dikehendaki memilih dua gabungan jadual daripada tiga pilihan berikut.
Isnin, Rabu & Jumaat
Selasa & Khamis
Sabtu & Ahad
Maklumat Bayaran Mengajar
Bayaran adalah berdasarkan jenis kelas yang diberikan kepada tutor.
RM5 per sesi
RM9 per sesi
Tutor boleh diberikan kelas personal, kelas berkumpulan atau kedua-duanya, bergantung kepada keperluan semasa.
Ilustrasi Bayaran Mengajar
Ini adalah ilustrasi sahaja. Bayaran sebenar bergantung kepada jenis kelas dan bilangan sesi mengajar yang berjaya dijalankan.
Contoh kelas yang diberikan
Kelas berkumpulan: 2 kelas, pakej 12 sesi sebulan
Kelas personal 1:1: 5 kelas, pakej 8 sesi sebulan
Permohonan
Isi borang di bawah, muat naik resume terkini dan submit.