
Kami mencari Tutor lelaki & wanita untuk mengajar Iqra, Al-Quran dan جاوي kepada kanak-kanak secara online berdasarkan budaya kerja Aulad Readers yang mesra pelajar & interaktif.
Sebagai Tutor, anda bertanggungjawab untuk:
- Menyediakan bahan bantu mengajar (slides/games etc) yang bersesuaian dengan topik hendak diajar.
- Melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.
- Membuat laporan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
- Menyediakan report card pelajar setiap bulan
- Berinteraksi dan memberi respon kepada pertanyaan ibu bapa dalam grup WhatsApp kelas secara profesional.
- Bersedia dengan pengambilan pelajar baharu pada setiap masa.
- Mengemaskini jadual/makluman di dalam group whatsapp pada setiap bulan.
KELAYAKAN :
- Seorang yang mesra kanak-kanak, ceria dan suka senyum.
- Mempunyai sambungan internet yang laju untuk kelas zoom
- Mempunyai komputer atau laptop (smartphone tidak sesuai untuk kelas online)
- Mempunyai diploma/ Ijazah dalam mana-mana bidang berkaitan pengajian Islam, sijil tahfiz, sijil pondok yang diiktiraf, stam, stpm atau sijil-sijil berkaitan dengan pengajian Islam
- Mahir jawi adalah suatu kelebihan
WAKTU KERJA :
Waktu kerja anda bergantung kepada pilihan waktu seperti di dalam borang permohonan di bawah. Oleh itu anda mestilah sentiasa mengosongkan masa berikut untuk dipanggil mengajar sepanjang kontrak bersama kami.
BAYARAN UPAH:
Anda dibayar sebanyak RM5 persesi kelas untuk 20minit persesi. Anda dibayar hanya jika mengajar. Bayaran akan di"prorate" jika tempoh sesi berbeza
LAIN-LAIN
1. Kontrak selama 1 tahun dan boleh diperbaharui (kami tidak menerima tutor yang mahu berkhidmat jangka pendek seperti pelajar sedang bercuti, atau pelajar baru bergraduasi dan hanya mahu mencari pekerjaan sementara)
Tindakan anda yang hanya mahu 'mencuba-cuba' atau mahu mengajar sebulan dua sahaja bakal menyulitkan ibubapa, pelajar dan syarikat.
CARA MEMOHON
1. Isikan maklumat dibawah untuk dihubungi dan klik 'Submit'