Ajar Kanak-kanak Membaca Secara Bersemuka Di Setia Alam
Latihan Mengajar Menggunakan Kaedah Fonik Bacalah Anakku/ReadEasy Akan Diberikan
Siapa Kami?
Aulad Readers adalah lisensi kepada Phonic Smart, sebuah program perlesenan yang disediakan oleh syarikat ReadNetwork Sdn Bhd, iaitu pengasas & penerbit kaedah fonik Bacalah Anakku & ReadEasy. Kami beroperasi secara fizikal di Setia Alam, Selangor dan secara dalam talian.
Diskripsi Kerja
Sebagai Tutor Aulad Readers, anda dikehendaki mengikuti latihan pengajaran, merancang dan melaksanakan sesi pembelajaran menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dan ReadEasy seperti yang telah ditetapkan. Anda juga bertanggungjawab memastikan setiap pelajar mencapai sasaran kemahiran membaca selepas menamatkan program.
Tanggungjawab Utama
Mengikuti latihan mengajar, serta mesyuarat tutor
Mengajar kanak-kanak membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut modul serta jadual yang ditetapkan
Menyediakan bahan bantu mengajar / slides yang bersesuaian (slide asas disediakan)
Menyediakan laporan pengajaran dan perkembangan pelajar secara berkala
Berinteraksi dengan ibu bapa melalui kumpulan WhatsApp
Responsif terhadap komunikasi daripada pihak syarikat di luar waktu mengajar
Kelayakan
Perempuan muslimah sahaja, berumur 23-35 tahun
Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
Sebutan jelas dan tidak pelat (contohnya dapat menyebut huruf “r” dengan betul)
Berpenampilan lembut, manis serta mesra kanak-kanak
Tidak menjalankan bisnes tuisyen sendiri (tiada konflik kepentingan dengan syarikat)
Tiada komitmen lain yang boleh bertindih dengan jadual mengajar
Komited untuk mengajar mengikut jadual sepanjang tempoh kontrak (1 tahun 6 bulan)
Jadual & Bayaran Mengajar
Jadual A
Hari
Setiap Isnin, Rabu & Jumaat
Masa
8.00 mlm – 10.00 mlm
Tempoh
Kelas Personal 1:1
60 minit per sesi mengajar
Kelas Berkumpulan
60 minit per sesi mengajar
Bayaran
Kelas Personal 1:1
RM17 persesi mengajar
Kelas Berkumpulan
RM17 persesi mengajar
Anda akan diberikan kelas personal atau kelas berkumpulan atau kedua-duanya, bergantung kepada keperluan semasa
Ilustrasi Bayaran Mengajar
Ini adalah ilustrasi sahaja. Bayaran sebenar bergantung kepada jenis kelas dan bilangan sesi mengajar yang berjaya dijalankan.
Contoh, anda diberikan kelas berikut:
Kelas Berkumpulan : 2 Kelas, Pakej 8x sesi sebulan
Kelas Individu : 2 Kelas, Pakej 4x sesi sebulan
Kiraan Bayaran Mengajar : (RM17 x 8sesi x 2kelas) + (RM17 x 4sesi x 2kelas) = RM408
Permohonan
Isi borang di bawah, muat naik resume terkini dan submit