Part-Time Online Tutor | Aulad Readers
Peluang kerjaya · Aulad Readers

Part-Time
Online Tutor

Ajar Kanak-kanak Membaca Secara Online Dari Rumah

Latihan mengajar menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku / ReadEasy akan diberikan.

ABCREAD · LEARN · GROW
01 · Pengenalan

Siapa Kami?

Aulad Readers adalah lisensi kepada Phonic Smart, sebuah program perlesenan yang disediakan oleh syarikat ReadNetwork Sdn Bhd, iaitu pengasas dan penerbit kaedah fonik Bacalah Anakku dan ReadEasy. Kami beroperasi secara fizikal di Setia Alam, Selangor dan secara dalam talian.

02 · Peranan

Deskripsi Kerja

Sebagai Tutor Aulad Readers, anda dikehendaki mengikuti latihan pengajaran, merancang dan melaksanakan sesi pembelajaran menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku dan ReadEasy seperti yang telah ditetapkan. Anda juga bertanggungjawab memastikan setiap pelajar mencapai sasaran kemahiran membaca selepas menamatkan program.

Tanggungjawab Utama

01

Mengikuti latihan mengajar serta mesyuarat tutor.

02

Mengajar kanak-kanak membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut modul serta jadual yang ditetapkan.

03

Menyediakan bahan bantu mengajar atau slaid yang bersesuaian. Slaid asas disediakan.

04

Menyediakan laporan pengajaran dan perkembangan pelajar secara berkala.

05

Berinteraksi dengan ibu bapa melalui kumpulan WhatsApp.

06

Responsif terhadap komunikasi daripada pihak syarikat di luar waktu mengajar.

03 · Kriteria pemohon

Kelayakan

✓Perempuan Muslimah sahaja, berumur 23–35 tahun.
✓Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
✓Sebutan jelas dan tidak pelat, contohnya dapat menyebut huruf “r” dengan betul.
✓Berpenampilan lembut, manis serta mesra kanak-kanak.
✓Tidak menjalankan bisnes tuisyen sendiri (tiada konflik kepentingan dengan syarikat).
✓Tiada komitmen lain yang boleh bertindih dengan jadual mengajar.
✓Mempunyai laptop atau komputer, sambungan internet laju (home fiber sahaja), serta mahir menggunakan aplikasi Zoom.
✓Komited untuk mengajar mengikut jadual sepanjang tempoh kontrak (1 tahun 6 bulan).
04 · Pilihan jadual

Pilihan Jadual Mengajar

Anda dikehendaki memilih dua gabungan jadual daripada tiga pilihan berikut.

PILIHAN JADUAL A

Isnin, Rabu & Jumaat

Masa mengajar
8.00 mlm – 10.00 mlm
PILIHAN JADUAL B

Selasa & Khamis

Masa mengajar
8.00 mlm – 10.00 mlm
PILIHAN JADUAL C

Sabtu & Ahad

Masa mengajar
9.30 pagi – 11.30 pagi
05 · Maklumat bayaran

Maklumat Bayaran Mengajar

Bayaran adalah berdasarkan jenis kelas yang diberikan kepada tutor.

KELAS PERSONAL 1:1

RM5 per sesi

Tempoh setiap sesi
20 minit
KELAS BERKUMPULAN

RM9 per sesi

Tempoh setiap sesi
35 minit

Tutor boleh diberikan kelas personal, kelas berkumpulan atau kedua-duanya, bergantung kepada keperluan semasa.

06 · Contoh pengiraan

Ilustrasi Bayaran Mengajar

Ini adalah ilustrasi sahaja. Bayaran sebenar bergantung kepada jenis kelas dan bilangan sesi mengajar yang berjaya dijalankan.

Contoh kelas yang diberikan

Kelas berkumpulan: 2 kelas, pakej 12 sesi sebulan
Kelas personal 1:1: 5 kelas, pakej 8 sesi sebulan

Kelas berkumpulan: RM9 × 12 sesi × 2 kelasRM216
Kelas personal: RM5 × 8 sesi × 5 kelasRM200
Jumlah bayaran ilustrasiRM416
07 · Borang permohonan

Permohonan

Isi borang di bawah, muat naik resume terkini dan submit.

Pilihan jadual mengajar *

Sila pilih dua pilihan jadual yang anda boleh komited.

Pilih tepat dua jadual.

Borang ini sedang disediakan. Penghantaran ke Google Sheets akan diaktifkan selepas pautan integrasi dimasukkan.

Scroll to Top